My friends

Monday, October 27, 2014

Pengalaman dan Tips : Melaka Bandaraya Bersejarah

Bercuti ke Melaka...

As Salam semua,

hari ni nak bercerita pengalaman bercuti ke Melaka... sebenarnya kami tak plan pun nak pergi ke Melaka.. plan sebenar nak pergi ke Port Dickson dan nak sewa homestay disana... setelah menghantar pulut kuning...

disebabkan ada kenduri kahwin saudara belah abah... jadi semua pakat2 tukar plan ke Melaka... gerak ke Melaka pun lewat malam dalam pukul 9 malam... sampai je disana lebih kurang pkl 11 mlm...

saya booking hotel di Hotel Super Cowboy... itu pun booked melalui booking.com... nasib baik ada... sbb kebanyakan hotel dah penuh... ialah cuti awal muharram dan Deepavali... semua orang pakat-pakat pergi bercuti ye... hehehe..

kali ini yang follow seramai 10 orang... aku, en. hubby, anak3 ku zul, fareeez, fitri, anakbuahku  ayu, erin, mirul serta adik iparku ike dan ida...

aku tempah 3 bilik... 2 bilik annex (RM122 sebilik)  dan 1 bilik family (RM182 sebilik)...

sampai je di hotel aku daftar masuk... setelah mendaftar kami telah diberitahu oleh staff cowboy yg bilik annex rupanya bukanlah sama dengan bangunan ni... bilik annex berapa di bangunan sebelah bangunan utama... jadi tak bestlah kan... kesian diorang nak kena menapak jauh sikit utk sarapan dan mandi manda nanti... huhuhuhu

nak tak nak... terpaksalah tukar ke apartment 1 bilik dgn berharga RM152 utk semalam termasuk breakfast... kesian pulak kat adik2 dan anakbuahku nak kena pegi ke bangunan sebelah...

[TIPS: pastikan hotel kita dah booking... takut dah penuh]


bilik family... 2 katil king

yang bestnya kat hotel ni ada swimming pool, internet dan breakfast... dan kedai mamak pun dekat je bersebelahan dengan hotel ni...



di sebelah kaunter ada 2 komputer untuk tetamu cowboy...  habis anak terunaku mengkongker komputer itu sampai lebam... hahaha



[TIPS: pastikan bawa peralatan mandian sendiri... hotel ini hanya menyediakan sabun mandi sahaja]


yang mana ada anak2... bolehlah book hotel ni... nak book kat pusat bandar... mahallah pulak... huk3

hotel budget ni tak lah teruk sangat... breakfast ok... pada hari itu menu nasi lemak, mee goreng, sosej, fish ball, roti bakar, cornflakes, coco crunch dan nasi bubur... banyak jugalah... kenyang perut mak ni... tak semua dapat dibalun... hahahhaa

lepas je kami semua sarapan pagi... kami terus mandi manda di swimming pool... bermacam2 aksi dan gelagat dapat disaksikan... hehehehe









lepas  je mandi manda... kami semua terus bersiap2 untuk check out pukul 12tgh... terus pergi ke Dataran Merdeka...




Banyak juga hotel2 mewah di sini... disinilah terletaknya hotel Hatten, Hotel Equatorial, Hotel Mahkota.... kalau ada wang terlebih... bolehlah check in kat hotel sini... hehehehe

kalau check in di hotel sini... hanya jalan kaki saja untuk ke A Famosa, menara taming sari, muzium istana melaka... tak perlulah cari parking.... jenuh juga kami nak mencari parking... parking di shopping mall dah penuh... tawaf jugalah kami untuk mencari parking....

akhirnya kami dapat juga parking... private parking... betul2 di depan Hotel Equatorial... cajnya rm10 per entry... bolehlah dari tak ada kan....

[TIPS: Parking di Depan Hotel Equatorial... caj RM10 per entry]

sebelum ke A Famosa... kami pergi ke shopping mall dulu... mencari alas perut... hahaha... perut dah berkeroncong ni ha.... di tingkat 3 ada ala2 kafe... banyak jugalah makanannya... tapi kami hanya makan nasi ayam... sbb yg lain makanan ala2 luar negara mcm jepun, vietnam... tak lalu tekak...







harganya rm6.50.... terdapat sup teratai, sepotong buah tembikai dan puding....

 

lepas makan... barulah kami ke A Famosa, muzium istana kesultanan melaka, beca.... semua tempat ini hanya bersebelahan sahaja... tak perlulah jalan jauh... hehehe

[TIPS: Sila bawa air mineral ya... panas ooo... dan penat berjalan]










Menara taming sari... jauh sikit dari A famosa... perlukan jalan kaki lebih kurang 10 minit... kami tak sempat ke sini,.. sebab masa tak mengizinkan... lagi pula kami semua dah penat berjalan... huhuhuhu

Di A Famosa juga  terdapat galeri kraftangan... kat sinilah kita boleh beli ole-ole atau buah tangan... banyak barangan terdapat disini... makanan, baju dan kraftangan... bolehlah dibeli disini...

harga bolehlah... tidaklah terlalu mahal...

berjalan di Dataran Merdeka pun mengambil masa 1/2 hari perjalanan... mana tak nya... ambil gambar pun berjam-jam... posing sana posing sini.... hahaha

jadi rancanglah perjalanan anda... kami pun hanya sempat melawat 3 tempat ini aje utk kali ini...

Ok... sampai sini sajalah corat coret dari saya...



2 comments:

Papaglamz - Food Stylo Founder said...

Tempat yang menarik.. Bestnye bercuti....

Hot post - Percutian Keluarga Yang Menarik di Gambang Water Park

Borneo Kinabalu said...

Assalamualaikum..
JOM BERKUNJUNG KE SABAH
kami akan MeRealisasikan percutian anda bila berkunjung ke Sabah,
BORNEO KINABALU TOUR & TRANSPORT SDN. BHD

PAKEJ 3HARI 2MALAM

01/ Hari Pertama (OVERNIGHT KUNDASANG)
1000 : Jemput di Lapangan Terbang KKIA Terminal 1/2
1030 : Melawat Rumah Terbalik (up side Down House) Tamparuli.
1130 : Melawat Pekan Nabalu
1230 : Melawat Ladang Lembu (Mini New Zealand).
1400 : Makan Tengah hari di Kundasang.
1600 : Check in Hotel/Homestay/Chalet (Kundasang)
1900 : Hantar untuk Makan Malam pekan kundasang.
*Tour Tamat*

02/Hari Kedua (TOUR KUNDASANG & RANAU)
0900 : Jemput dari Hotel/Homestay/Chalet
1000 : Melawat Ikan Spa.
1130 : Melawat Hot Spring, Canopy Walk & Air Terjun.
1600 : Melawat Jambatan Tamparuli.
1700 : Melawat Yayasan Sabah.
1730 : Melawat Masjid Bandaraya Kota kinabalu.
1800 : Melawat Signal Hills.
1830 : Melawat pasar kraftangan (Pilipino Market).
2000 : Check in Apartment Marina Kota kinabalu.
*Tour Tamat*

03/ Hari Ketiga (SAPI, MANUKAN ISLAND & AIPORT TRANSFER)
0830 : Check Out dari Apartment Marina ke Jeti Jesselton Point.
0900 : Menaiki bot ke pulau Sapi (aktiviti pantai & snorkelling).
1200 : Makan tengah Hari BBQ yang disediakan.
1245 : Menaiki bot ke pulau Manukan (aktiviti pantai & Snorkelling)
1500 : Menaiki Bot ke jeti Jesselton Point.
1530 : Jemput dari jeti Jesselton Point & Melawat Tanjung aru Beach.
1700 : Transfer ke Airport KKIA T1/2
*Tour Tamat*

Pakej ini Termasuk :
1). Pengangkutan Selama 3Hari 2Malam
Van Pelancongan @ Taxi Limousine
Pemandu
Minyak
Muatan Maksimum 10 Dewasa
2). Penginapan Homestay Kundasang & Marina Apartment Kota Kinabalu
May Homestay Kundasang (1Night)
Marina Apartment Kota kinablu (1Night)
3). Tiket-Tiket Masuk tempat lawatan
Rumah Terbalik (up side down house)
Ladang Lembu
Hot Spring
Ikan Spa
4). Pulau Sapi & Manukan
Tiket pulau Sapi
Tiket pulau Manukan
Insurance
Bot
Jaket Keselamatan
Maks Snorkelling
Makan Tengah Hari BBQ di Pulau Sapi.
Untuk keterangan pakej lebih lanjut bole berhubung,
En Roslan 0168392919 (whatsapp)
Email : borneoukinabalutour@gmail.com

♥ Copyright © 2012 reserved to TiNa_aMiNg. Template Edited by sHaRiNa eLyaNa